Salam Lebaran Aidilfitri & Raya Family Portrait 2009
Salam buat semua teman, pelanggan, keluarga serta pengunjung setia ARAZZSRAZWILL fotopages.
SEMPENA lebaran yg mulia ini, saya ArazzsRazwill Hassan dan keluarga menyusun 10 jari andaikata terdapat salah & silap dalam pergaulan seharian mahu pun di alam fotopages. Diminta halalkan apa jua yang termakan atau terminum, moga lebaran kali ini kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran pada yang maha Esa diatas rahmatNya.
Bagi yang pulang ke kampung halaman, doa saya agar kalian semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan berhari raya bersama keluarga yang tercinta.
Salam Ukhwah....
Arazzs Razwill Hassan & Keluarga
Tebrau City, J O H O R B A H R U
Kad salam lebaran Aidilfitri & raya family portrait yg begitu cantik
Sekali lagi abg meor mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri .. maaf zahir & batin
:: Izinkan juga abg meor membawa balik kad salam lebaran dari sdr Arazzs buat kenang-kenangan
Bersempena hari Lebaran ini. Ku susun sepuluh jari.. memohon ampun dan maaf seandainya ada langkah yang mengguris hati, ada tingkah membekas luka, ada lisan yang tak terjaga, ada janji yang tidak tertunai, ada hati yang berprasangka serta ucapan yang berbunga dusta. Salam Aidilfitri .. Maaf Zahir & Batin..
Kelurga ( Fadzlie, Laureana, Mohd. Syahmie Aqwa, Nurul Syamimie Aqwa Nurul Syazanie Aqwa )